Sertai kami dalam kempen kami di #TechSafeSpace untuk menjadikan Internet lebih selamat untuk semua orang. 

Infografik

Penyalahgunaan teknologi boleh menjejaskan kehidupan sesiapa sahaja yang kita kenali, termasuk diri kita sendiri.  Walau bagaimanapun, dengan menyokong dan mengamalkan penggunaan teknologi yang selamat dan bertanggungjawab, semua orang boleh menyumbang kepada Ruang Selamat Teknologi.

Untuk kerajaan

Untuk orang awam

Baca lebih lanjut


Tonton video wawancara penuh daripada UNODC untuk mengetahui bagaimana penyalahgunaan teknologi boleh menjejaskan kehidupan sesiapa sahaja yang kita kenal, termasuk diri kita sendiri. Kempen #TechSafeSpace bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi dan keterangkuman digital yang selamat dan bertanggungjawab untuk semua di seluruh Asia Tenggara.

Keterangkuman dalam Teknologi

Walaupun ada peningkatan ketara dalam kebolehcapaian Internet di seluruh Asia Tenggara, masih terdapat jurang digital yang ketara, mengehadkan akses dan peluang bagi ramai orang. Terutamanya mengenai perwakilan wanita yang rendah, hanya menyumbang sebanyak 35% daripada tenaga kerja teknologi di rantau ini.  

Selain itu, keganasan berasaskan jantina yang dimudahkan oleh teknologi telah melonjak beberapa tahun kebelakangan ini, menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan dan kesejahteraan wanita dalam dan luar talian. Ini menyerlahkan keperluan mendesak untuk melindungi dan mempromosikan hak wanita dalam era digital.

Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Bersuara

Ancaman yang ditimbulkan oleh teknologi meliputi hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. Kejadian-kejadian penapisan dalam talian, yang mana pihak berkuasa menyekat akses kepada maklumat atau menyekat suara-suara sumbang, menyerlahkan keperluan untuk melindungi kebebasan Internet dan memerangi penapisan dan penganiayaan wartawan dan profesional media.  

Menurut Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, "setiap orang mempunyai hak kebebasan pendapat dan ekspresi; hak ini termasuk kebebasan untuk memegang pendapat tanpa gangguan dan mencari, menerima dan menyampaikan maklumat dan idea melalui mana-mana media dan tanpa mengira sempadan. Usaha perlu dilakukan untuk menegakkan prinsip hak asasi manusia dan memastikan individu boleh mengekspresikan diri mereka dengan bebas dan tanpa rasa takut akan pembalasan dalam era digital."

Maklumat Palsu dan Maklumat Salah

Maklumat salah adalah penyebaran maklumat yang tidak tepat yang tidak disengajakan.

Manakala maklumat palsu adalah penyebaran maklumat yang mengelirukan dan berbahaya yang disengajakan.  

-Melemahkan hak asasi manusia,  
-Mengganggu dasar awam,  
-Dan ketegangan yang semakin meningkat semasa krisis atau konflik

Apakah Jenayah Terancang Merentasi Sempadan (TOC)?

Jenayah terancang merentas sempadan (TOC) melibatkan pelbagai aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, pemerdagangan manusia, penggubahan wang haram dan jenayah siber. Golongan ini beroperasi secara dinamik, dan mampu mengadaptasi untuk mengeksploitasi pasaran dan sentiasa mencipta kaedah jenayah baharu. Beroperasi merentas sempadan, TOC tidak mengira budaya, sosial, dan undang-undang sesebuah negara.
Bagaimana TOC menggunakan Kejuruteraan Sosial dalam Penipuan menggunakan Siber

TOC menggunakan teknik kejuruteraan sosial untuk mengeksploitasi kelemahan pengguna, memanipulasi mereka untuk mendedahkan data peribadi atau memberikan akses yang tidak dibenarkan untuk mendapatkan wang secara langsung atau mendapatkan maklumat sulit untuk membolehkan jenayah berikutnya. Platform media sosial berfungsi sebagai saluran pilihan, walaupun hubungan juga mungkin berlaku melalui telefon atau secara berdepan.

Penggunaan Mata Wang Kripto bagi membiayai kegiatan Haram

Organisasi jenayah mengeksploitasi faktor kerahsiaan yang ditawarkan teknologi Blockchain bagi mengaburkan asal usul sesuatu dana. Ini termasuk menggunakan platform media sosial dan menggunakan mata wang kripto yang diperoleh secara haram dengan mencampurkan dengan mata wang kripto sah selain menggunakan pelbagai e-dompet bagi menyembunyikan sebarang kaitan dengan aktiviti-aktiviti jenayah.

Pemerdagangan Manusia dalam TOC

Kumpulan jenayah terancang telah membanunkan dan melaksanakan pelan canggih untuk menipu orang ramai di sekitar rantau ini sambil menggunakan mangsa yang diperdagangkan untuk menjalankan kegiatan jenayah.

Tonton video animasi daripada Kempen Ruang Selamat Teknologi yang direka oleh UNODC untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi yang selamat dan bertanggungjawab di Asia Tenggara.